Ernie zakri dan Syameel Dulu Pasangan Duet Kini Bakal Pasangan Suami Isteri

Pokcik Fighter | 8:49 PG | 0 ulasan

 

KUALA LUMPUR: Masih ingatkah kepada Pasangan duet popular AJL 2018, Syameel ,27, dan Ernie Zakri, 28, akhirnya memeterai hubungan cinta mereka apabila mengikat tali pertunangan dalam satu majlis ringkas yang penuh romantis akan menjadi kenangan manis mereka berdua suatu masa nanti di kediaman Ernie, petang semalam.


Majlis yang ringkas tetapi meriah hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Berkongsi perasaan selepas bergelar tunangan orang, pemilik nama lengkap Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu bersyukur majlis berlangsung seperti dirancang.

Syameel juga tidak dapat menggambarkan rasa gembira impian mahu menyunting Ernie sebagai bakal isteri selama ini akhirnya dimakbulkan. walaupun perasaan agak gementar apabila mengetahui dalam tempoh pertunangan ini banyak ujian nya..

Namun Syamel dan Ernie berserah kepada allah dan akan menjaga diri dan batas pergaulan dalam perhubungan. Mereka mengharapkan peminat mendoakan hubungan ini sampai ke jinjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat..

Dalam pada itu masih belum ada tarikh pernikahan ditetapkan oleh kedua-dua pihak katenya hari ini hanya majlis pertunangan mungkin ianya akan dilakukan kemudian, sama sama kita nanti kan.

Pada majlis yang berlangsung dengan indah itu, pihak lelaki (syameel) menyerahkan tiga dulang hantaran, dan dibalas lima dulang oleh pihak perempuan (Ernie).

Perkenalan pasangan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu bermula ketika Syamel dan Ernie menyertai program realiti, Duo Star tiga tahun.

Walaupun kelihatan mesra dan sering digosip bercinta, namun Syamel dan Ernie menyimpan kemas kisah cinta yang sekian lama terjalin.
kita doakan semoga mereka berdua disatukan dijinjang pelamin dan meniti bahtera hinggah ke jannah in sha allah..


Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 ulasan