Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri..

Malaysia menerima penghormatan memenangi pingat emas pertama Sukan SEA 2021 selepas penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri muncul juara acara 1 meter papan anjal wanita di Hanoi, sebentar tadi.

Lebih manis lagi, Malaysia yang merupakan gergasi terjun Asia Tenggara turut menggondol pingat perak menerusi penerjun remaja, Kimberly Bong.





Nur Dhabitah, 22, yang bakal membawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan temasya, Khamis ini memenuhi statusnya sebagai penerjun OIimpik apabila mencatat 57.60 mata pada terjunan pertama di Pusat Akuatik My Dinh.

Dia kemudian engumpul 290.45 mata keseluruhan untuk memenangi pingat emas Sukan SEA kelimanya sejak membuat penampilan sulung pada 2013.

Rakan senegaranya yang berusia 19 tahun, Kimberly menjadikan kedudukan satu dua untuk Malaysia dengan 230.0 mata, manakala penerjun tuan rumah, Ngo Phuong Mai (224.0 mata) meraih gangsa. 

Menerusi saingan final acara 1 meter (m) papan anjal individu di Pusat Akuatik My Dinh, Dhabitah mengenepikan saingan rakan senegara Kimberly Bong yang menamatkan acara tersebut di tempat kedua sekali gus menyumbang pingat perak untuk Malaysia.

Katanya, sumbangan tersebut diharapkan dapat memberi semangat kepada atlet lain untuk bekerja keras mendapatkan pingat emas kerana cabaran yang dilalui bukanlah mudah.

Terdahulu, terjunan emasnya gagal disaingi oleh penerjun lain apabila Dhabitah menyempurnakan kesemua tujuh terjunan dengan kemas untuk mengumpul mata keseluruhan 290.45