Pentas akhir Gegar Vaganza yang berlangsung malam tadi menyaksikan pelakon Hairul Azreen membuat kejutan apabila bertindak melamar kekasihnya Hanis Zalikha secara langsung dalam program itu.  
 
Hairul telah muncul di pentas dengan menyertai barisan penari untuk membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu 'Marry Me' yang merupakan lagu asal nyanyian Bruno Mars.
 
Sejurus selepas itu, pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jehan Muse telah menjemput Hanis naik ke pentas dan seterusnya Hairul melafazkan lamaran tersebut. 
 
Biarpun terkejut, lamaran itu disambut Hanis dengan ungkapan 'ya' dan telah mendapat sorakan penonton yang berada di dewan. 
 
Dalam pada itu, tindakan Hairul telah mendapat pelbagai reaksi daripada penonton. Ada yang melahirkan rasa gembira dengan berita ini kerana mereka sudi untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat. 
 
Malah ada juga sesetengah penonton yang kurang senang kerana merasakan kejutan seperti ini tidak sesuai dengan konsep rancangan Gegar Vaganza apatah lagi ianya dilakukan ketika program ini berada di kemuncaknya. 


Sumber : Media Hiburan

Mahligai perkahwinan yang dibina berdasarkan cinta akhirnya musnah jua hanya selepas setahun usia perkahwinan mereka. Beranggapan bahawa jodoh mereka tidak panjang, Airil redha dan tabah meneruskan hidup walaupun berat untuk dia menerimanya. Lain pula dengan Aiza yang menyalahkan Airil sebagai punca dirinya keguguran.

'Istikharah Cinta', drama terbitan Orangetree Production yang mempunyai 28 episod ini menggantikan drama 'Bila Hati Berbicara' yang melabuhkan tirainya pada 22 Disember lalu.

Gandingan pelakon hebat, Zul Ariffin sebagai Airil dan pelakon baharu Faye Kusairi sebagai Dina pastinya akan memberi impak yang tersendiri menerusi drama ini. Drama ini turut dibarisi oleh para pelakon lain seperti, Nonny Nadhirah (Aiza), Syazwan Zulkifli (Hanafis), Nizen Ayob (Dr.Rizal), Lia Natalia (Alisya), Falisha Crossley (Juliza), Azizul Ammar (Taufiq), Dato Eizlan Yusof (Dato Aziz) dan Zarina Zainuddin (Datin Amnah).

Airil yang yang tidak menyangka akan bertemu dengan Dina, perkenalan yang terjadi di sebuah restoran itu telah membawa satu perubahan besar dalam hidup mereka berdua. Semuanya kerana mereka terpaksa berkongsi meja. Pertemuan yang bermula dengan kebetulan bakal mengubah takdir mereka bersama. Pertemuan mereka kali kedua di Langkawi tatkala Dina mengakhiri hubungannya dengan Hanafis. Berkongsi kisah suka duka merapatkan lagi hubungan Airil dan Dina.

Hanafis terpaksa memutuskan hubungannya bersama Dina kerana dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. Jauh di sudut hatinya Hanafis tidak dapat melupakan Dina. Kisah cinta itu bakal membawa lebih cinta tiga segi apabila Juliza, rakan sekerja Airil dalam diam menaruh perasaan kepada Airil.

Dalam masa yang sama, bekas isteri Airil, Aiza sudah pun memulakan hidup baru bersama suaminya Dr. Rizal. Keputusannya untuk memulakan kehidupan baru dan bahagia bersama suami barunya ternyata meleset. Aiza sering sahaja membeza-bezakan antara Airil dan juga Dr. Rizal lantas rumah tangga Aiza mula bergolak. Aiza mula sedar, bekas suaminya ternyata lebih baik dan berhasrat mencari Airil kembali.

Hubungan Airil dan Dina semakin akrab dan bermula lah kisah cinta mereka. Airil berharap memperisterikan Dina. Namun Airil tidak pernah berterus-terang dengan statusnya sebagai seorang duda. Apakah yang akan terjadi apabila Dina mengetahui perkara yang sebenar? Adakah dia mudah menerima hakikat tersebut?

Hanafis yang masih menyimpan perasaan terhadap Dina juga ingin memenangi hati Dina kembali. Airil pula mulai rimas dengan Aiza yang mencari dan mengganggunya kerana kini dia hanya mencintai Dina. Cukupkah kasih sayang dan cinta mereka untuk saling mempercayai kesetiaan mereka masing-masing? Ikuti kesudahan drama bersiri hebat, Istikharah Cinta bermula 23 Disember ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia hanya di TV3.
Pelakon Izzue Islam pernah hangat dengan isu enggan bersentuhan dengan pelakon wanita. Isu tersebut pernah hangat semasa dia berganding dengan Anzalna tidak lama dulu. Ia berlaku selepas Izzue berkahwin.

Izzue mahu menjaga hati isteri. Apakah isterinya Awin Nurin yang juga bertindak selaku pengurus seorang yang cemburu? Kini Izzue berganding sebagai suami isteri bersama pelakon Ayda Jebat dalam drama Suami Sebelah Rumah yang baru selesai penggambaran.

Adakah muncul isu yang sama? Nampaknya kali ini tidak kerana Ayda menghormati permintaan Izzue dan mereka melakukan aksi berlainan untuk menggambarkan aksi intim dan mesra sebagai pasangan suami isteri.

“Saya hormati permintaan Izzue yang ada batasan untuk adegan mesra dengan wanita. Kami berbincang dengan baik dan dia sendiri memberi cadangan aksi lain yang boleh menggambarkan kemesraan seperti kehendak cerita.

“Saya seronok sahaja berlakon dengannya kerana pada saya dia seorang pelakon yang bagus. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menggambarkan sesuatu situasi.

“Kalau diikutkan jalan cerita drama petikan novel tulisan Ana Sofiya itu. memang ada babak bersentuhan kerana ia sebuah novel romantik.

“Saya akui memang sedikit bermasalah pada mulanya tetapi ia memberikan cabaran kepada saya sebagai pelakon untuk menunjukkan aksi mesra tanpa bersentuhan. Tak ada masalah pun sebenarnya.

“Kini saya menghormati dia, Mungkin suatu hari nanti bila saya dah kahwin dan mahu membataskan aksi, orang akan hormati saya pula,” kata Ayda.
Zul Ariffin Dilabel Tumpang Populariti

Biarpun sering dipalit dengan pelbagai kontroversi, namun pelakon Zul Ariffin, 28, mahu orang ramai mengenalinya kerana bakat dan bukannya gosip liar.

Dia sendiri mengakui bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti kerana terpaksa berhadapan dengan cabaran serta lemparan komen negatif yang diterima.

“Saya berusaha keras untuk mencapai apa yang saya dapat hari ini. Perjalanan saya untuk sampai ke tahap ini bukan mudah.

“Sejak awal kemunculan lagi orang melabelkan saya menumpang populariti orang lain.

“Sekarang saya sudah buktikan bahawa saya seorang pelakon yang berkualiti. Saya ingin orang mengenali saya kerana hal yang berkaitan dengan kerjaya dan bukannya kontroversi atau pun gosip liar.

“Saya sangat suka orang menghargai karier seni saya tapi kurang gemar untuk mendedahkan hal peribadi saya kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan majalah URTV keluaran Disember.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana peminat masih menghargai kerjayanya dan banyak memberi semangat walaupun banyak dilemparkan dengan komen negatif mengenai dirinya.

Zul yang popular menerusi drama ‘Rindu Awak 200%’ itu tidak mahu membiarkan kontroversi menjatuhkan kariernya sebagai seorang pelakon.

Dalam pada itu, dia kini digandingkan bersama pelakon baru Faey Khusairy menerusi drama Istikharah Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3. Turut menampilkan Noni Nadirah, Nizen Ayob dan Lia Natalia.