AIDIL ZAFUAN BUAT REPOT POLIS TERHADAP RITA RUDAINI

Tengkubutang | 6:55 PTG | 0 ulasan

AIDIL ZAFUAN BUAT REPOT POLIS TERHADAP RITA RUDAINI |
KUALA LUMPUR, 22 MEI 2015: Pemain pertahanan skuad bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan semalam telah membuat laporan polis terhadap bekas isterinya, Rita Rudaini selepas mendakwa Rita telah bertanggungjawab mendedahkan nombor telefon miliknya dan isteri di laman sosial Instagram.
Menerusi laporan mStar Online, isu ini bermula selepas Rita menerusi Instagram miliknya telah memuat naik foto yang memaparkan ‘screenshot’ beserta nombor telefon 019-3667771 dipercayai milik isteri Aidil, Zareema.

Berdasarkan kapsyen tersebut, Rita seakan menyindir pemilik nombor berkenaan di mana dia turut mempersoalkan apa hak pemanggil berkenaan mengganggunya pada waktu malam ketika dia sedang menidurkan anak-anak selain menganggap pemanggil berkenaan mahu mengintai aktiviti-aktivitinya.
Jelas Aidil, hasil tindakan Rita itu, dia dan isterinya telah diganggu dengan panggilan telefon daripada orang tidak dikenali sejak Rabu lalu dan perbuatan Rita itu benar-benar melampaui batas kerana pendedahan berkenaan telah mengakibatkan privasinya dan isteri terganggu.
"Walaupun dia tidak menyatakan dalam Instagramnya nombor itu siapa tetapi menerusi kapsyen gambar, dia seolah-olah meminta peminatnya menyiasat nombor siapakah itu. Kemudian dia juga mendedahkan nombor telefon saya pada bahagian komen.
"Perkara itu membuatkan saya dan isteri menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali sejak semalam (Rabu) sehinggalah ke hari ini (Khamis) tanpa henti. Ini dikira sudah mengganggu privasi kami," jelas Aidil kepada mStar Online.
Atas sebab itu, Aidil telah membuat laporan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru pada Khamis berhubung perbuatan Rita itu dengan alasan pendedahan berkenaan telah mengganggu dia dan isteri.
Bekas kapten skuad bolasepak kebangsaan itu turut mengakui yang nombor telefon itu adalah milik isterinya dan dia telah menggunakan telefon berkenaan untuk menghubungi Rita pada malam Rabu lalu kerana ingin bercakap dengan anak-anak.
Kata Aidil, dia juga berhasrat menjemput mereka ke majlis cukur jambul anaknya bersama Zarema iaitu Ayden Zeeyad yang berusia 3 bulan namun panggilan tersebut tidak berjawab.
Hasil perkawhinan Aidil dan Rita sebelum ini mereka mendapat dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 ulasan