Zul Ariffin Tumpang Populariti?

Unknown | 8:17 PG | 0 ulasan

Zul Ariffin Dilabel Tumpang Populariti

Biarpun sering dipalit dengan pelbagai kontroversi, namun pelakon Zul Ariffin, 28, mahu orang ramai mengenalinya kerana bakat dan bukannya gosip liar.

Dia sendiri mengakui bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti kerana terpaksa berhadapan dengan cabaran serta lemparan komen negatif yang diterima.

“Saya berusaha keras untuk mencapai apa yang saya dapat hari ini. Perjalanan saya untuk sampai ke tahap ini bukan mudah.

“Sejak awal kemunculan lagi orang melabelkan saya menumpang populariti orang lain.

“Sekarang saya sudah buktikan bahawa saya seorang pelakon yang berkualiti. Saya ingin orang mengenali saya kerana hal yang berkaitan dengan kerjaya dan bukannya kontroversi atau pun gosip liar.

“Saya sangat suka orang menghargai karier seni saya tapi kurang gemar untuk mendedahkan hal peribadi saya kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan majalah URTV keluaran Disember.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana peminat masih menghargai kerjayanya dan banyak memberi semangat walaupun banyak dilemparkan dengan komen negatif mengenai dirinya.

Zul yang popular menerusi drama ‘Rindu Awak 200%’ itu tidak mahu membiarkan kontroversi menjatuhkan kariernya sebagai seorang pelakon.

Dalam pada itu, dia kini digandingkan bersama pelakon baru Faey Khusairy menerusi drama Istikharah Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3. Turut menampilkan Noni Nadirah, Nizen Ayob dan Lia Natalia.


Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 ulasan