Ayda Jebat faham Izzue Mahu Jaga Hati Isteri

Unknown | 8:39 PG | 0 ulasan

Pelakon Izzue Islam pernah hangat dengan isu enggan bersentuhan dengan pelakon wanita. Isu tersebut pernah hangat semasa dia berganding dengan Anzalna tidak lama dulu. Ia berlaku selepas Izzue berkahwin.

Izzue mahu menjaga hati isteri. Apakah isterinya Awin Nurin yang juga bertindak selaku pengurus seorang yang cemburu? Kini Izzue berganding sebagai suami isteri bersama pelakon Ayda Jebat dalam drama Suami Sebelah Rumah yang baru selesai penggambaran.

Adakah muncul isu yang sama? Nampaknya kali ini tidak kerana Ayda menghormati permintaan Izzue dan mereka melakukan aksi berlainan untuk menggambarkan aksi intim dan mesra sebagai pasangan suami isteri.

“Saya hormati permintaan Izzue yang ada batasan untuk adegan mesra dengan wanita. Kami berbincang dengan baik dan dia sendiri memberi cadangan aksi lain yang boleh menggambarkan kemesraan seperti kehendak cerita.

“Saya seronok sahaja berlakon dengannya kerana pada saya dia seorang pelakon yang bagus. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menggambarkan sesuatu situasi.

“Kalau diikutkan jalan cerita drama petikan novel tulisan Ana Sofiya itu. memang ada babak bersentuhan kerana ia sebuah novel romantik.

“Saya akui memang sedikit bermasalah pada mulanya tetapi ia memberikan cabaran kepada saya sebagai pelakon untuk menunjukkan aksi mesra tanpa bersentuhan. Tak ada masalah pun sebenarnya.

“Kini saya menghormati dia, Mungkin suatu hari nanti bila saya dah kahwin dan mahu membataskan aksi, orang akan hormati saya pula,” kata Ayda.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 ulasan