ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM MENGANDUNG ANAK KEDUA
ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM MENGANDUNG ANAK KEDUA |
ANTARA kisah perkahwinan poligami artis yang paling mendapat perhatian tentunya perkahwinan pelakon Ashraf Muslim. Terbaru khabarnya isteri kedua Ashraf, Wan Sakinah sedang mengandung anak kedua. Seperti yang dijangka banyaklah komen yang tidak patut dikeluarkan.
Antara komen yang paling tidak bertamadun ialah kononnya isteri pertama Ashraf, Noor Dayana terasa hati dengan berita kehamilan madunya itu.
Namun perkara itu sudah pun dinafikan pihak Dayana dengan memberitahu dia cukup gembira dengan kehamilan kali kedua madunya itu.
Kita harus percaya apa yang disampaikan Dayana itu sebagai realiti kehidupan mereka sekeluarga, bukan apa kalau benar Dayana mahu terasa hati mungkin sejak kehamilan pertama lagi dia sudah menjauhkan diri.
Tetapi itu tidak menggambarkan siapa Dayana, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu tiri kepada anak Sakinah itu sudah membuktikan kekuatan wanita ini.
Tahniah juga kepada Ashraf yang sehingga kini berjaya mendidik isteri-isterinya, bukan apa pada pandangan Joyah ramai contoh di luar sana yang meletakkan Ashraf lebih baik dari mereka. Jadi mengapa perlu mencari salah keluarga ini sedangkan mereka bahagia dengan pilihan yang dibuat.
Percayalah apa juga pemberian Allah kepada keluarga ini adalah rezeki, jadi bukan kerja kita untuk mempertikaikan apa yang dilalui keluarga contoh ini.
Category:
0 ulasan