RAHSIA KECANTIKAN CHE TA YANG SEMUA PEREMPUAN PASTI NAK TAHU!

Tengkubutang | 5:39 PTG | 0 ulasan

Che Ta dan pengasas Rysya Skincare, Norazlina Mohd Nor (nombor empat dari kanan) semasa majlis pelancaran produk penjagaan kulit tersebut.
“Tidak susah hendak menjaga kecantikan…” Demikian kata Rozita Che Wan (Che Ta) yang sangat sinonim dengan elemen kecantikan, baik dari segi raut wajah, tubuh yang langsing serta penampilan yang cukup menarik.
Malah, Che Ta kini sudah dilantik menjadi duta atau jurucakap kepada enam buah produk yang secara tidak langsung, melayakkan dia untuk dijadikan ikon kepada wanita yang kekal cantik meskipun usianya sudah memasuki 42 tahun.
Pasti ramai yang ingin tahu rahsia Che Ta. Apalagi dia berjaya mengembalikan seri wajah serta mendapatkan semula bentuk tubuh yang langsing dalam jangkamasa enam bulan sahaja selepas melahirkan anak ketiganya, Aaisyah Dhia Rana Mohd. Zain.
“Siapa kata, wanita kalau dah masuk 40 tahun, dah tak cantik dan tak perlu jaga kecantikan.
“Persepsi yang macam itulah yang menyebabkan ada wanita yang lari menyorok bawah katil sebab rasa dirinya dah tak cantik,” kata Che Ta sambil berseloroh.
Che Ta ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan kulit, Rysya Skincare yang mana dia juga dilantik sebagai duta produk tersebut.
Majlis yang berlangsung di Restoran Marhaba, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, malam semalam (Selasa) itu memperlihatkan Che Ta dengan penampilan yang cukup menawan bagi seorang wanita berusia 42 tahun yang baru beberapa bulan melahirkan bayi.
“Perlantikan kita sebagai duta produk Rysya ini diharap dapat ‘membuka mata’ sesetengah wanita terutamanya yang berusia 40-an bahawa dalam usia 40 ke atas juga masih boleh kelihatan cantik.
“Janganlah abaikan penjagaan kecantikan sampai ada yang usia 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada,” ujar Che Ta yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai kita ..
‘Life Begins At Forty’
Apabila ditanya, apakah wanita juga boleh ‘meminjam’ kata-kata yang selalu ditujukan kepada golongan lelaki iaitu ‘Life Begins at 40’, Che Ta memberikan pendapatnya.
“Boleh… Macam kita, dalam usia 40-an, kita boleh lahirkan baby lagi, dapat jadi duta produk pil makanan tambahan, produk pelangsingan dan produk kecantikan.
“Jadi tak ada masalah untuk wanita berusaha untuk mencantikkan diri biarpun umur sudah masuk 40.
“Janganlah pula, umur masuk 40 saja, terus tak mahu cuci muka. Nanti apabila tak elok, suami jugak yang lari,” tambah Che Ta sambil ketawa lagi.
Lambatkan Proses Penuaan
Menurut Che Ta, tidak sukar untuk menjaga kecantikan kerana sekarang ada banyak produk yang boleh membantu wanita menjaga kecantikan wajah dan kelangsingan tubuh.
“Sebenarnya tak susah pun nak jaga kecantikan. Kalau nak cantik, guna saja produk penjagaan kulit. Kalau nak langsing, makan ubat pelangsingan. Kalau nak segar dan bertenaga, ambil pil makanan tambahan.
“Macam untuk kulit wajah, kita gunakan produk Rysya Skincare. Ia adalah produk tempatan tetapi kualiti bahan-bahan yang digunakan, setanding dengan produk antarabangsa dan ia halal.
“Sebelum bersetuju menjadi duta Rysya Skincare, kita ambil masa dua bulan untuk mencuba dulu produk-produknya. Setelah mencubanya sendiri, barulah kita sedia menjadi dutanya.
“Kita suka gunakan krim serum dan krim gold miracle yang menjadikan kulit ‘glowing’ secara semulajadi. Pendek kata, produk-produk Rysya Skincare boleh bertindak selaku agen anti penuaan, mencerah dan menganjalkan kulit.
“Menariknya, produk-produk ini bukan saja untuk wanita. Lelaki pun boleh menggunakannya,” terang Che Ta yang mengikat kontrak selama tiga tahun bersama produk ini.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 ulasan