ISTERI FAD BOCEY YANG CANTIK KINI MENGANDUNG!
Tahniah diucapkan kepada pelawak Fad Bocey yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Nur Syahira disahkan hamil empat minggu.

Berita gembira dikongsikan sendiri Fad dan isterinya menerusi status yang dimuat naik menerusi akaun Instagram.

"Alhamdulillah rezeki dari Allah .walaupun baru 4 minggu awak dlm perut sy tpi sy dah dpt rasa .Awak baik2 ye dalam perut saya .awak lapar awak bagitau sy k ,nanti saya bagi awak makan .22 may nanti kita naik pelamin bertiga tau .saya happy sangat sebab sekarang saya dah ada kawan .awak baik baik ya akt dalam perut saya," tulis Nur Syahira.

Minami mendoakan agar Nur Syahira dapat melalui tempoh hamil dengan lancar sekali gus melahirkan bayi yang sihat dan comel kelak! Tahniah!

HAFIZ SUIB KAHWIN TAHUN DEPAN
Biarpun masih berbaki setahun dari sekarang, penyanyi popular Hafiz Suip sudah mengumumkan tarikh pernikahan bersama tunangnya, Nureffy Jasreel yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei tahun depan.


Memetik laporan Harian Metro, Hafiz memilih tarikh berkenaan kerana ianya jatuh pada tarikh lahir tunangnya.



“Sebelum ini kami bertunang pada ulang tahun kelahiran saya dan untuk bernikah, tarikh lahir dia pula dipilih,” ujar Hafiz.



Dalam pada itu, buat masa ini belum ada sebarang perancangan yang dibuat memandangkan Effy perlu fokus terhadap pengajiannya dalam jurusan perakaunannya terlebih dahulu.

EMMA MAEMBONG MENGALAMI MASALAH KULIT BERJERAWAT TERUK
Dalam pada kisah peribadinya yang menjadi perhatian ramai, pelakon Emma maembong juga dikatakan mengalami masalah jerawat dan kulit yang teruk sehingga ada yang mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya terkena buatan orang.

Ditanya perkara tersebut, pelakon drama bersiri 'Isteri Separuh Masa' ini menjawab;

Emma tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang perkara ini. Tetapi ia satu situasi yang pelik kerana sebelum ini Emma tidak pernah mempunya masalah jerawat yang teruk. Tetapi dalam tempoh setahun ini, tiba-tiba kulit muka Emma ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga kulit muka Emma terkoyak.

Emma juga telah menjalani banyak ujian darah dengan doktor dan mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kepada kerjaya Emma. Tetapi dalam hal ini, Emma cuba berfikiran positif dan insyaAllah semuanya akan kembali baik," ujar Emma ayang akan sibuk dengan penggambaran drama 'Jodoh sebelah Pintu' tidak lama lagi.

Menyentuh hubungannya bersama pelakon Kamal Adli, Emma hanya mengikut sahaja susunan yang telah diatur dan tidak mahu merancang apa-apa.

"Setakat ini kami berkawan dan Emma sendiri tidak berani untuk buat keputusan apa-apa. Jika memang ditakdirkan jodoh kami ada, Emma tidak menolaknya," jelasnya ringkas.
Che Ta dan pengasas Rysya Skincare, Norazlina Mohd Nor (nombor empat dari kanan) semasa majlis pelancaran produk penjagaan kulit tersebut.
“Tidak susah hendak menjaga kecantikan…” Demikian kata Rozita Che Wan (Che Ta) yang sangat sinonim dengan elemen kecantikan, baik dari segi raut wajah, tubuh yang langsing serta penampilan yang cukup menarik.
Malah, Che Ta kini sudah dilantik menjadi duta atau jurucakap kepada enam buah produk yang secara tidak langsung, melayakkan dia untuk dijadikan ikon kepada wanita yang kekal cantik meskipun usianya sudah memasuki 42 tahun.
Pasti ramai yang ingin tahu rahsia Che Ta. Apalagi dia berjaya mengembalikan seri wajah serta mendapatkan semula bentuk tubuh yang langsing dalam jangkamasa enam bulan sahaja selepas melahirkan anak ketiganya, Aaisyah Dhia Rana Mohd. Zain.
“Siapa kata, wanita kalau dah masuk 40 tahun, dah tak cantik dan tak perlu jaga kecantikan.
“Persepsi yang macam itulah yang menyebabkan ada wanita yang lari menyorok bawah katil sebab rasa dirinya dah tak cantik,” kata Che Ta sambil berseloroh.
Che Ta ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan kulit, Rysya Skincare yang mana dia juga dilantik sebagai duta produk tersebut.
Majlis yang berlangsung di Restoran Marhaba, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, malam semalam (Selasa) itu memperlihatkan Che Ta dengan penampilan yang cukup menawan bagi seorang wanita berusia 42 tahun yang baru beberapa bulan melahirkan bayi.
“Perlantikan kita sebagai duta produk Rysya ini diharap dapat ‘membuka mata’ sesetengah wanita terutamanya yang berusia 40-an bahawa dalam usia 40 ke atas juga masih boleh kelihatan cantik.
“Janganlah abaikan penjagaan kecantikan sampai ada yang usia 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada,” ujar Che Ta yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai kita ..
‘Life Begins At Forty’
Apabila ditanya, apakah wanita juga boleh ‘meminjam’ kata-kata yang selalu ditujukan kepada golongan lelaki iaitu ‘Life Begins at 40’, Che Ta memberikan pendapatnya.
“Boleh… Macam kita, dalam usia 40-an, kita boleh lahirkan baby lagi, dapat jadi duta produk pil makanan tambahan, produk pelangsingan dan produk kecantikan.
“Jadi tak ada masalah untuk wanita berusaha untuk mencantikkan diri biarpun umur sudah masuk 40.
“Janganlah pula, umur masuk 40 saja, terus tak mahu cuci muka. Nanti apabila tak elok, suami jugak yang lari,” tambah Che Ta sambil ketawa lagi.
Lambatkan Proses Penuaan
Menurut Che Ta, tidak sukar untuk menjaga kecantikan kerana sekarang ada banyak produk yang boleh membantu wanita menjaga kecantikan wajah dan kelangsingan tubuh.
“Sebenarnya tak susah pun nak jaga kecantikan. Kalau nak cantik, guna saja produk penjagaan kulit. Kalau nak langsing, makan ubat pelangsingan. Kalau nak segar dan bertenaga, ambil pil makanan tambahan.
“Macam untuk kulit wajah, kita gunakan produk Rysya Skincare. Ia adalah produk tempatan tetapi kualiti bahan-bahan yang digunakan, setanding dengan produk antarabangsa dan ia halal.
“Sebelum bersetuju menjadi duta Rysya Skincare, kita ambil masa dua bulan untuk mencuba dulu produk-produknya. Setelah mencubanya sendiri, barulah kita sedia menjadi dutanya.
“Kita suka gunakan krim serum dan krim gold miracle yang menjadikan kulit ‘glowing’ secara semulajadi. Pendek kata, produk-produk Rysya Skincare boleh bertindak selaku agen anti penuaan, mencerah dan menganjalkan kulit.
“Menariknya, produk-produk ini bukan saja untuk wanita. Lelaki pun boleh menggunakannya,” terang Che Ta yang mengikat kontrak selama tiga tahun bersama produk ini.
KUMPULAN BROTHERS KEMBALI AKTIF!
Setelah sepuluh tahun, kumpulan Brothers kembali hasilkan album studio terbaru.
Album berjudul Sabar itu memuatkan lima buah lagu baru dan sepuluh lagu lama mereka sebagai bonus.
“Kami tidak pernah berpecah cuma masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri, sebab itulah lambat proses nak siapkan album ini,” kata Yasin.
Mereka kini dah bersedia untuk kembali aktif mengadakan promosi dan penampilan di kaca TV, malah mengadakan konsert juga salah satu agenda Brothers.
“Apa yang kami nak buat ni, kami dah rancang awal, jadi tak ada masalah untuk kami beri komitment untuk aktiviti bersama Brothers,” kata Shah yang turut mencipta lagu Demi Cinta dalam album terbaru ini.
Lagu lain yang dimuatkan dalam album terbitan Hush Entertainment edaran Arteffects International dan Sony Music itu ialah Sabar, Kamaresyah, Tawakallah dan Allahuma.
“Kali ini kami tonjolkan vokal berharmoni Brothers dan kami juga kekalkan imej kesederhanaan Brothers,” jelas Yasin dalam sidang media di Talent Lounge, Damansara semalam.

Pentas akhir Gegar Vaganza yang berlangsung malam tadi menyaksikan pelakon Hairul Azreen membuat kejutan apabila bertindak melamar kekasihnya Hanis Zalikha secara langsung dalam program itu.  
 
Hairul telah muncul di pentas dengan menyertai barisan penari untuk membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu 'Marry Me' yang merupakan lagu asal nyanyian Bruno Mars.
 
Sejurus selepas itu, pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jehan Muse telah menjemput Hanis naik ke pentas dan seterusnya Hairul melafazkan lamaran tersebut. 
 
Biarpun terkejut, lamaran itu disambut Hanis dengan ungkapan 'ya' dan telah mendapat sorakan penonton yang berada di dewan. 
 
Dalam pada itu, tindakan Hairul telah mendapat pelbagai reaksi daripada penonton. Ada yang melahirkan rasa gembira dengan berita ini kerana mereka sudi untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat. 
 
Malah ada juga sesetengah penonton yang kurang senang kerana merasakan kejutan seperti ini tidak sesuai dengan konsep rancangan Gegar Vaganza apatah lagi ianya dilakukan ketika program ini berada di kemuncaknya. 


Sumber : Media Hiburan

Mahligai perkahwinan yang dibina berdasarkan cinta akhirnya musnah jua hanya selepas setahun usia perkahwinan mereka. Beranggapan bahawa jodoh mereka tidak panjang, Airil redha dan tabah meneruskan hidup walaupun berat untuk dia menerimanya. Lain pula dengan Aiza yang menyalahkan Airil sebagai punca dirinya keguguran.

'Istikharah Cinta', drama terbitan Orangetree Production yang mempunyai 28 episod ini menggantikan drama 'Bila Hati Berbicara' yang melabuhkan tirainya pada 22 Disember lalu.

Gandingan pelakon hebat, Zul Ariffin sebagai Airil dan pelakon baharu Faye Kusairi sebagai Dina pastinya akan memberi impak yang tersendiri menerusi drama ini. Drama ini turut dibarisi oleh para pelakon lain seperti, Nonny Nadhirah (Aiza), Syazwan Zulkifli (Hanafis), Nizen Ayob (Dr.Rizal), Lia Natalia (Alisya), Falisha Crossley (Juliza), Azizul Ammar (Taufiq), Dato Eizlan Yusof (Dato Aziz) dan Zarina Zainuddin (Datin Amnah).

Airil yang yang tidak menyangka akan bertemu dengan Dina, perkenalan yang terjadi di sebuah restoran itu telah membawa satu perubahan besar dalam hidup mereka berdua. Semuanya kerana mereka terpaksa berkongsi meja. Pertemuan yang bermula dengan kebetulan bakal mengubah takdir mereka bersama. Pertemuan mereka kali kedua di Langkawi tatkala Dina mengakhiri hubungannya dengan Hanafis. Berkongsi kisah suka duka merapatkan lagi hubungan Airil dan Dina.

Hanafis terpaksa memutuskan hubungannya bersama Dina kerana dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. Jauh di sudut hatinya Hanafis tidak dapat melupakan Dina. Kisah cinta itu bakal membawa lebih cinta tiga segi apabila Juliza, rakan sekerja Airil dalam diam menaruh perasaan kepada Airil.

Dalam masa yang sama, bekas isteri Airil, Aiza sudah pun memulakan hidup baru bersama suaminya Dr. Rizal. Keputusannya untuk memulakan kehidupan baru dan bahagia bersama suami barunya ternyata meleset. Aiza sering sahaja membeza-bezakan antara Airil dan juga Dr. Rizal lantas rumah tangga Aiza mula bergolak. Aiza mula sedar, bekas suaminya ternyata lebih baik dan berhasrat mencari Airil kembali.

Hubungan Airil dan Dina semakin akrab dan bermula lah kisah cinta mereka. Airil berharap memperisterikan Dina. Namun Airil tidak pernah berterus-terang dengan statusnya sebagai seorang duda. Apakah yang akan terjadi apabila Dina mengetahui perkara yang sebenar? Adakah dia mudah menerima hakikat tersebut?

Hanafis yang masih menyimpan perasaan terhadap Dina juga ingin memenangi hati Dina kembali. Airil pula mulai rimas dengan Aiza yang mencari dan mengganggunya kerana kini dia hanya mencintai Dina. Cukupkah kasih sayang dan cinta mereka untuk saling mempercayai kesetiaan mereka masing-masing? Ikuti kesudahan drama bersiri hebat, Istikharah Cinta bermula 23 Disember ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia hanya di TV3.